Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Hamdan , Abdul Rahim and Moin, Siti Norashikin (2010) Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
114kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmana pembelajaran pelajar, pengajaran guru, aktiviti amali dan persekitaran bilik darjah atau bengkel dalam mewujudkan peraduan dikalangan pelajar pelbagai kaum bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 115 orang pelajar dari dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Jerantut pahang. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 36 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan Alpha Cronbachnya ialah 0.88 manakala keesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5 Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati secara keseluruhannya kesemua faktor adalah pada tahap sederhana. Beberapa cadangan telah dibuat untuk mengatasi masalah perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum berdasarkan faktor pembelajaran pelajar, pengajaran guru, aktiviti amali dan persekitaran bilik darjah atau bengkel.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap perpaduan pelajar pelbagai kaum, kemahiran hidup bersepadu (KHB)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10727
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Oct 2010 10:19
Last Modified:24 Oct 2010 10:19

Repository Staff Only: item control page