Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keutamaan Ciri-Ciri Pengajaran Pensyarah Yang Baik Daripada Persepsi Pelajar Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Sihes , Ahmad Johari and Sarimin, Siti Asfarina (2010) Keutamaan Ciri-Ciri Pengajaran Pensyarah Yang Baik Daripada Persepsi Pelajar Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Keutamaan Ciri-Ciri Pengajaran Pensyarah Yang Baik Daripada Persepsi Pelajar Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
57kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik daripada persepsi pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup yang mewakili Fakulti Pendidikan dan pelajar tahun empat kursus Sarjana Muda Mekanikal Tulen yang mewakili Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri daripada bahagian A dan B. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B pula mengandungi 40 item berdasarkan kepada 4 persoalan kajian iaitu merangkumi aspek personaliti, penyampaian pengajaran, interaksi dan juga penilaian. Kesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar-pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5. Hasil daripada analisis data disusun mengikut urutan keutamaan item yang dipilih oleh semua responden dan perbandingan telah dibuat di antara Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Dapatan kajian menunjukkan daripada keempat-empat aspek ini, pelajar memberi keutamaan kepada pensyarah yang sentiasa bersifat terbuka, berkebolehan menyampaikan pengajaran dengan jelas, mudah untuk berbincang, dan dapat melakukan penilaian yang adil. Beberapa cadangan telah dibuat bagi melahirkan pensyarah dan juga pendidik yang berkualiti daripada aspek pengajaran. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mewujudkan lebih ramai generasi pendidik yang berkualiti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ciri-ciri pengajaran pensyarah, persepsi pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10723
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Oct 2010 10:12
Last Modified:24 Oct 2010 10:12

Repository Staff Only: item control page