Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Trait Personaliti Dengan Pemilihan Kursus Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Elektrik

Abd Ghani , Faizah and Ahmad, Siti Noorazzura (2010) Hubungan Trait Personaliti Dengan Pemilihan Kursus Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Elektrik. Hubungan Trait Personaliti Dengan Pemilihan Kursus Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Elektrik . pp. 1-8.

[img]
Preview
PDF
54kB

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji hubungan trait personaliti dengan pemilihan kursus di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Kajian ini menggunakan rekabentuk kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan persampelan purposif atau bertujuan. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi mendapatkan trait personaliti responden, manakala Indeks Kongruen Iachan digunakan bagi mendapatkan darjah kekongruenan trait personaliti. Soal selidik Norlia Melawi (2000) yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082 digunakan untuk mendapatkan faktor pemilihan kursus di kalangan responden. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) V15.0.1 for Windows. Analisis data secara deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kursus responden adalah faktor persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan trait personaliti utama keseluruhan responden adalah RSE. Selain itu dapatan kajian menunjukkan 46.2% daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai tahap padanan yang lemah berdasarkan Indeks Kongruen Iachan. Analisis inferensi kolerasi Pearson ‘r’ digunakan bagi melihat hubungan di antara darjah kongruen trait personaliti responden dengan faktor pemilihan kursus responden. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen trait personaliti responden dengan faktor minat, keluarga, ganjaran dan persekitaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:hubungan trait personality, pemilihan kursus
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10722
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Oct 2010 10:09
Last Modified:07 Feb 2017 02:32

Repository Staff Only: item control page