Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Kemahiran Generik Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Sihes , Ahmad Johari and Abdullah, Siti Azwanee (2010) Amalan Kemahiran Generik Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Amalan Kemahiran Generik Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
74kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap amalan kemahiran generic dalam pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini berdasarkan kepada empat daripada tujuh kemahiran generik yang telah digariskan dalam Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri, etika atau moral dan keyakinan diri. Responden kajian adalah terdiri daripada 228 orang pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan. Responden adalah terdiri daripada empat jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Matematik dan Sains serta Jabatan Multimedia Pendidikan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Data kajian dianalisis menggunakan perisisan Statistical Packages for the Social Science (SPSS 16.0 For Windows) untuk mendapatkan nilai min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi dimana min keseluruhan bagi aspek kemahiran komunikasi adalah 4.00, aspek kemahiran fleksibel atau mampu menyesuaikan diri adalah 3.69, aspek etika atau moral ialah 4.19 dan aspek keyakinan diri adalah 3.92. Ujian ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran generik yang dikaji berdasarkan jabatan responden. Pengkaji juga mencadangkan beberapa perkara untuk mempertingkatkan lagi tahap amalan kemahiran generik di kalangan pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran generic, pembelajaran di kalangan pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10721
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:24 Oct 2010 10:07
Last Modified:24 Oct 2010 10:07

Repository Staff Only: item control page