Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia

Mohd. Kosnin , Azlina and Jantan, Shiqah (2010) Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
121Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres serta tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbentuk kuantitatif ini. Kaedah persampelan dilakukan secara persampelan sistematik. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan instrumen adalah ? = 0.83. Responden kajian terdiri daripada 128 orang pensyarah dan pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia daripada pelbagai fakulti. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science Windows 13) dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min untuk item-item yang berkaitan dengan tahap stres dan tahap kepuasan kerja. Bagi menguji perbezaan tahap stres dan tahap kepuasan kerja antara lelaki dan perempuan, penyelidik menggunakan Ujian-t. Manakala Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mendapatkan perhubungan antara tahap stres dengan tahap kepuasan kerja dari aspek beban kerja, hubungan interpersonal, persekitaran tempat kerja dan peraturan tempat kerja. Hasil kajian menunjukkan tahap stres dalam kalangan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia adalah rendah. Tahap kepuasan kerja bagi semua aspek adalah tinggi kecuali bagi aspek peraturan tempat kerja adalah pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres antara pensyarah lelaki dan perempuan. Dapatan juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja dari aspek persekitaran tempat kerja dan hubungan interpersonal. Manakala terdapat hubungan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja dari aspek beban kerja dan peraturan tempat kerja.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10719
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Oct 2010 13:15
Last Modified:23 Oct 2010 13:15

Repository Staff Only: item control page