Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru Pelatih Matematik UTM Terhadap Penulisan Reflektif Semasa Latihan Mengajar

Ahmad Zanzali , Noor Azlan and Syed Alwi, Shph. Aklima Nadia (2010) Persepsi Guru Pelatih Matematik UTM Terhadap Penulisan Reflektif Semasa Latihan Mengajar. Persepsi Guru Pelatih Matematik UTM Terhadap Penulisan Reflektif Semasa Latihan Mengajar . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
99Kb

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru pelatih terhadap bimbingan guru dan pensyarah pembimbing mengenai penulisan reflektif semasa latihan mengajar, tahap amalan refleksi di kalangan guru pelatih dan sejauh mana penulisan reflektif dapat membantu guru pelatih untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Seramai lima guru pelatih matematik Universiti Teknologi Malaysia yang menjalani latihan mengajar di tiga buah sekolah sekitar Kulai dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah terdiri daripada ruangan refleksi kendiri dalam buku persediaan mengajar dan soalan temu bual yang dilaksanakan ke atas responden. Pola penulisan guru pelatih matematik dianalisa untuk mengetahui tahap penulisan refleksi yang dianalisa dengan berpandukan kategori tahap yang dicadangkan oleh Hatton dan Smith (1995). Temu bual pula ditranskrip dan dianalisa menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan kajian mendapati guru dan pensyarah pembimbing tidak memberikan bimbingan yang sepenuhnya mengenai penulisan reflektif pada ruangan refleksi kendiri guru pelatih matematik. Selain itu, penulisan refleksi yang dipamerkan guru pelatih matematik hanya berada pada tahap deskriptif sahaja. Walaubagaimanapun, guru pelatih matematik mengatakan bahawa penulisan reflektif pada ruangan refleksi kendiri banyak membantu mereka dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dalam bilik darjah. Penyelidikan ini diharapkan dapat memberikan sumbangan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan penekanan yang lebih mendalam mengenai penulisan reflektif daripada pelbagai pihak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru pelatih matematik, penulisan reflektif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10718
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Oct 2010 13:12
Last Modified:23 Oct 2010 13:12

Repository Staff Only: item control page