Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Penguasaan Kemahiran Membina Inferens Dan Mentafsir Data Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu, Dua Dan Empat Program Kimia Universiti Teknologi Malaysia

Kamaruddin, Meor Ibrahim and Mohd Razali, Nor Ashikin (2010) Tahap Penguasaan Kemahiran Membina Inferens Dan Mentafsir Data Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu, Dua Dan Empat Program Kimia Universiti Teknologi Malaysia. Tahap Penguasaan Kemahiran Membina Inferens Dan Mentafsir Data Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu, Dua Dan Empat Program Kimia Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
39kB

Abstract

Penekanan kepada kemahiran proses sains merupakan medium yang terbaik dalam memberikan pendedahan dan memahami dengan lebih jelas mengenai subjek yang dipelajari. Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains pelajar dalam mata pelajaran Kimia. Tahap penguasaan kemahiran proses sains asas melibatkan kemahiran membina inferens dan kemahiran proses sains bersepadu melibatkan kemahiran mentafsir data. Sebanyak 78 pelajar tahun satu, dua dan empat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia) (SPC) dan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia) (SPK), Universiti Teknologi Malaysia yang dipilih secara rawak terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB) dan Ujian Kemahiran Proses Sains Asas. Data yang diperolehi dianalisis secara manual dan dinyatakan dalam bentuk peratusan. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap penguasaan kemahiran proses sains responden dalam aspek membina inferens dan mentafsir data bagi mata pelajaran kimia adalah baik dimana aspek membina inferens dan mentafsir data adalah sederhana dan baik masingmasing. Beberapa implikasi dan cadangan kajian akan datang untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran proses sains dikemukakan dalam laporan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kemahiran Proses Sains (KPS), kimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10715
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Oct 2010 11:46
Last Modified:14 Aug 2017 07:16

Repository Staff Only: item control page