Mohamed, Mohini and Ramli, Najmin (2010) Penerapan Unsur Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Hasil Penemuan Fibonacci. Penerapan Unsur Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Hasil Penemuan Fibonacci . pp. 1-9. (Unpublished)
|
PDF
46Kb |
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk membina bahan berdasarkan penerapan unsure sejarah dalam matematik bagi proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah menengah serta mengenalpasti pendapat guru matematik sekolah menengah terhadap penerapan unsur sejarah dalam matematik. Kajian ini melibatkan 30 orang guru matematik sekolah menengah di sekitar Skudai, Johor Bahru, Johor. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik dengan nilai kebolehpercayaan adalah sebanyak 0.84. Statistik yang digunakan adalah kekerapan, peratus dan min bagi menilai pendapat guru matematik sekolah menengah terhadap penerapan unsur sejarah dalam matematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua guru matematik sekolah menengah berpendapat contoh bahan pengajaran matematik yang telah diterapkan dengan unsur sejarah berkaitan hasil penemuan Fibonacci mampu menarik nimat pelajar. Keseluruhan respon guru adalah sederhana mengenai penerapan unsur sejarah dalam matematik meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep matematik, merupakan cara pendekatan yang baik, dan membantu menilai tahap kemampuan pelajar. Katakunci: matematik, Fibonacci, penerapan unsure Sejarah, proses pengajaran dan pembelajaran
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | matematik, Fibonacci, penerapan unsure Sejarah, proses pengajaran dan pembelajaran |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 10712 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 23 Oct 2010 11:38 |
| Last Modified: | 23 Oct 2010 11:38 |
Repository Staff Only: item control page

