Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 10, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Said, Hamdan and Mohd Ali, Mohd Nazaruddin (2010) Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 10, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej 10, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
56kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di Kolej 10. Kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan ini ditinjau dari lapan aspek iaitu persekitaran, kemudahan dan perkhidmatan, layanan staf dan ahli jawatankuasa mahasiswa kolej kediaman, pentadbiran pejabat, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan aktiviti yang dijalankan, dan perkhidmatan makanan. Kajian deskritif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan melibatkan seramai 305 responden Kolej 10 yang dipilih secara rawak. Data dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa berpuashati terhadap kualiti kehidupan di Kolej 10 dalam semua lapan aspek yang dikaji. Kajian ini juga memajukan cadangan untuk menambahbaik kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di kolej kediaman dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepuasan mahasiswa, kualiti kehidupan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10710
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Oct 2010 11:34
Last Modified:14 Aug 2017 07:02

Repository Staff Only: item control page