Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mendorong Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Memilih Bidang Perguruan

Abu, Baharin and A. Aziz, Nor Fatimah (2010) Faktor-Faktor Yang Mendorong Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Memilih Bidang Perguruan. Faktor-Faktor Yang Mendorong Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Memilih Bidang Perguruan . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
75kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor-faktor yang mendorong guru pelatih Fakulti Pendidikan memilih bidang perguruan. Terdapat tiga faktor yang mendorong guru pelatih iaitu pengaruh peribadi, pengaruh orang signifikan dan kemudahan yang diberi dalam perkhidmatan pendidikan. Data diskriptif diperolehi melalui borang soal selidik daripada 41 orang pelajar tahun satu kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 (Statistical Packages for Social Science) bagi mendapatkan min skor, kekerapan dan peratusan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperolehi dalam kajian rintis ialah 0.81 dan menunjukkan instrumen kajian sesuai digunakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan guru pelatih memilih bidang perguruan kerana pengaruh faktor peribadi diikuti pengaruh orang signifikan dan akhir sekali kemudahan yang diberi dalam perkhidmatan pendidikan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bidang perguruan, guru pelatih
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10709
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:23 Oct 2010 11:32
Last Modified:14 Aug 2017 06:51

Repository Staff Only: item control page