Musa, Nor Alina Shahira (2022) Modul intervensi terapi seni lukisan untuk kesejahteraan emosi dan pemikiran dalam kalangan wanita berkerjaya. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.
PDF
2MB |
Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...
Abstract
Peredaran masa atau zaman turut merubah peranan golongan wanita. Kini, golongan wanita tidak lagi hanya menjadi suri rumah. Mereka turut melibatkan diri di dalam dunia kerjaya. Peranan berganda yang digalas oleh golongan wanita mencetuskan konflik peranan di antara kerjaya dan keluarga yang memberikan impak kepada kesihatan mental mereka. Situasi ini sekali gus akan mempengaruhi semua aspek kehidupan dan akhirnya menjejaskan kesejahteraan psikologi mereka. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan mengkaji keberkesanan modul intervensi terapi seni lukisan yang berperanan sebagai salah satu pendekatan awal dalam menguruskan isu tekanan dan psikologi. Modul ini dibina berasaskan Pendekatan Pemetaan Intervensi (PPI). PPI merupakan satu pendekatan yang menerangkan proses untuk membangunkan program intervensi berasaskan teori dan bukti dengan mengikuti langkah-langkah yang terperinci. Kajian menggunakan pendekatan kaedah kajian gabungan iaitu secara kuantitatif (Reka Bentuk Kuasi Eksperimen Ujian Pra- Pasca) dan diikuti dengan kajian kualitatif (Reka Bentuk Kajian Kes). Teknik persampelan bertujuan dengan ciri-ciri yang ditetapkan telah digunakan untuk memilih partisipan bagi kajian ini. Bilangan partisipan ditentukan oleh tahap ketepuan data yang dikumpulkan. Seramai 10 orang partisipan telah terlibat dalam pengumpulan data. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian menunjukkan: (1) Modul terapi seni lukisan yang dibina mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. (2) Terdapat perubahan dari segi persepsi emosi dan pemikiran partisipan sebelum dan selepas menjalani sesi terapi seni. (3) Tahap koheren juga mencatatkan perbezaan sebelum dan selepas partisipan melaksanakan aktiviti terapi seni dan sesi perkongsian. (4) Modul ini terbukti berkesan apabila ia mampu mengurangkan tahap tekanan yang dihadapi oleh partisipan dan ia juga menjadi medium untuk meluahkan perasaan yang terpendam dan membantu partisipan lebih memahami emosi sendiri serta menganalisis emosi secara kendiri. Kajian ini membuktikan bahawa modul intervensi terapi seni lukisan boleh digunakan sebagai salah satu alat bantu untuk menguruskan tekanan yang dihadapi oleh partisipan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | R Medicine > RC Internal medicine |
Divisions: | Razak School of Engineering and Advanced Technology |
ID Code: | 107079 |
Deposited By: | MOHAMAD ALIF BIN MOHAMAD DESA |
Deposited On: | 29 Aug 2024 07:23 |
Last Modified: | 29 Aug 2024 07:23 |
Repository Staff Only: item control page