Hushin, Hassan and Che Don, Maznah (2010) Pembinaan Modul Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Pembinaan Modul Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-5. (Unpublished)
|
PDF
25Kb |
Abstract
Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada cadangan daripada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan Demografi Di kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah Binti Othman Teng (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi Bin Adnan (2007). Modul ini dibina mengikut Model Barr and Cuyjet (1991) yang memberi penekanan kepada enam langkah pendekatan perancangan program untuk dimuatkan ke dalam kerangka program yang dibina berdasarkan piawaian Standard Guru Malaysia (SGM) yang masih dalam peringkat cadangan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain agensi pelaksana menjalankan program dengan lebih lancar supaya pelajar akan mendapat pelbagai maklumat tentang suasana pembelajaran di universiti serta dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pencapaian dalam bidang akademik melalui proram yang dihadiri. Katakunci: Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Program Pembangunan Akademik Pelajar Tahun |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 10704 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 22 Oct 2010 10:34 |
| Last Modified: | 22 Oct 2010 10:34 |
Repository Staff Only: item control page

