Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bertajuk Kerja Paip Tingkatan Satu

Yeo, Kee Jiar and Abu, Mohamad Nizam (2010) Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bertajuk Kerja Paip Tingkatan Satu. Pembangunan Perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bertajuk Kerja Paip Tingkatan Satu . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
36Kb

Abstract

Penggunaan bahan berupa perisian multimedia dalam bidang pendidikan banyak menyumbang kepada keberkesanan kaedah pengajaran masa kini. Ekoran daripada perkembangan yang pesat dalam multimedia, maka wujudlah konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK). Walaupun terdapat pelbagai pilihan perisian multimedia pendidikan pada masa kini, namun perisian multimedia pendidikan berlandaskan sukatan pelajaran adalah amat terhad terutamanya bagi matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah. Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan satu Perisian PPBK dengan gabungan teks, grafik, animasi dan bunyi bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Satu bertajuk “Kerja Paip”. Isi kandungan perisian ini disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Satu. Perisian yang dibangunkan dipaparkan melalui Macromedia Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop. Strategi pengajaran dalam perisian telah meyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi dan interaktiviti untuk menghasilkan perisian multimedia yang lebih berkesan dan menarik. Selain penggunaannya dalam pengajaran, perisian ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran melalui pembelajaran kendiri. Perisian ini dinilai dari segi reka bentuk program komputer dengan menggunakan boring soal selidik. Respons soal selidik menunjukkan bahawa perisian PPBK dalam kajian ini telah berjaya dibangunkan mengikut keperluan spesifikasi yang telah ditetapkan. Katakunci: Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Satu bertajuk “Kerja Paip”, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan Satu bertajuk “Kerja Paip”, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10703
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Oct 2010 10:31
Last Modified:22 Oct 2010 10:31

Repository Staff Only: item control page