Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Guru-Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Perlaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Di Sekitar Bandar Johor Bahru Dan Bandar Skudai

Zainuddin , Zainal Abidin and Abd Hamid, Shafezan Hamidi (2010) Persepsi Guru-Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Perlaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Di Sekitar Bandar Johor Bahru Dan Bandar Skudai. Persepsi Guru-Guru Pendidikan Jasmani Terhadap Perlaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) Di Sekitar Bandar Johor Bahru Dan Bandar Skudai . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
105kB

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti apakah isu utama dalam perlaksanaan ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Seramai 57 orang guru di sekitar Johor Bahru terlibat secara langsung sebagai responden dalam kajian ini dan diminta menjawab borang soal selidik yang dibekalkan oleh penyelidik. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) berdasarkan purata kekerapan dalam jawapan skala likert. Hasil dari kajian mendapati bahawa isu perlaksanaan merupakan isu utama dalam perjalanan Ujian SEGAK di sekolah berbanding dengan isu kefahaman serta isu masalah berkaitan. Antaranya adalah disebabkan dari guru yang kurang bersedia serta masalah bekalan kit alatan untuk melaksanakan Ujian SEGAK memandangkan ujian ini masih baru dilaksanakan di sekolah. Kajian juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor perlaksanaan ujian ini di antara guru lelaki dan guru perempuan. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan supaya Ujian SEGAK ini perkukuhkan lagi dari aspek perlaksanaannya supaya ia lebih berkesan dijalankan pada masa hadapan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru pendidikan jasmani, ujian standard kecergasan fizikal kebangsaan untuk murid sekolah (SEGAK)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10698
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Oct 2010 04:02
Last Modified:22 Oct 2010 04:02

Repository Staff Only: item control page