Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan Unsur Sejarah Matematik KBSM Bagi Topik Aljabar

Kailani, Ismail and Muhammad, Samsuria (2010) Penerapan Unsur Sejarah Matematik KBSM Bagi Topik Aljabar. Penerapan Unsur Sejarah Matematik KBSM Bagi Topik Aljabar . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
44kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpulkan data bahan sejarah matematik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik KBSM di sekolah menengah. Objektif kajian ini adalah mendapatkan data bahan sejarah matematik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bahan sejarah matematik dikumpulkan daripada pelbagai tamadun seperti Tamadun Babylon, Tamadun Mesir, Tamadun Arab, Tamadun Eropah, Tamadun India dan lain-lain lagi. Bahan sejarah matematik didapati menerusi buku-buku rujukan dan sokongan daripada kajian dalam dan luar negara yang menyatakan kepentingan dan kebaikan penggunaan bahan sejarah matematik. Kajian ini menyatakan sejarah matematik berperanan menjadikan matematik lebih bermakna, menarik serta mendedahkan kepada guru dan pelajar beberapa nilai sejarah matematik yang boleh diperkenalkan sebagai satu pendekatan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Beberapa bahan sejarah matematik daripada pelbagai tamadun dianalisis dengan membuat perbandingan setiap tamadun dan juga perbandingan dengan kaedah moden bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar. Kajian ini turut membincangkan sejarah perkembangan nombor, aritmetik, persamaan kuadratik, ungkapan aljabar, penggunaannya dalam operasi asas matematik, latarbelakang tokoh sejarah matematik yang terkenal dan juga perkembangan sejarah matematik menerusi pelbagai tamadun di seluruh dunia. Beberapa contoh kaedah sejarah matematik ditunjukkan untuk tujuan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik juga memberikan beberapa cadangan dan juga kebaikan penggunaan sejarah matematik turut dinyatakan dalam kajian ini bagi mengukuhkan lagi mengapa tujuan kajian ini dijalankan. Di harap kajian ini dapat memberikan manfaat dan motivasi bukan sahaja kepada guru malah juga kepada pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sejarah matematik, aljabar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10697
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Oct 2010 03:58
Last Modified:22 Oct 2010 03:58

Repository Staff Only: item control page