Mohamad Said , Mohd. Nihra Haruzuan and See , Kean Seng (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4 Bertajuk Heat. Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4 Bertajuk Heat . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
107kB |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk dan membangunkan sebuah perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) bagi mata pelajaran Fizik Tingkatan 4 yang bertajuk Heat dengan mengaplikasikan teori pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, teori pembelajaran behaviourisme yang mementingkan rangsangan maklum balas yang akan membentuk sikap pembelajaran dan kognitivisme yang menekankan penyusunan dan penstrukturan maklumat untuk pemprosesan yang optimum juga diaplikasikan dalam perisian. Perisian PBK yang dibangunkan ini boleh digunakan sebagai alternatif untuk menangani salah tafsir pelajar tingkatan 4 terhadap konsep haba. Penggunaan video, grafik dan animasi dalam perisian PBK ini berupaya mempertingkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep haba yang sukar dan abstrak. Selain itu, perisian ini juga menyediakan persekitaran pembelajaran kendiri yang menarik lagi interaktif kepada pelajar. Soalan-soalan yang mencabar serta pengukuhan yang disediakan membolehkan pelajar menguji kefahaman mereka tentang konsep haba selepas pembelajaran. Dalam proses pembangunan perisian PBK ini, Rekabentuk Instruksi Bersistem, Model Hanafin dan Peck dijadikan panduan pembangunan. Segala isi kandungan, teori pembelajaran dan media-media sokongan digabungjalinkan dengan menggunakan perisian bahasa pengarangan Macromedia Authorware 7.0.1 sebagai perisian utama dan perisian-perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS 2, Sony Sound Forge 8.0, Sony Vegas Movie Studio Platinum 8.0 dan Macromedia Flash MX 2004. Perisian yang dibangunkan ini boleh dipakej dan disebarkan menerusi CD-ROM atau laman web.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | perisisan pembelajaran berpandukan computer (PBK), Fizik |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10696 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 22 Oct 2010 03:57 |
Last Modified: | 22 Oct 2010 03:57 |
Repository Staff Only: item control page