Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor Yang Mendorong Jemaah Mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar: Kajian Di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak.

Abdullah, Abdul Hafiz and Ismail, Siti Fairuz (2010) Faktor Yang Mendorong Jemaah Mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar: Kajian Di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. Faktor Yang Mendorong Jemaah Mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar: Kajian Di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
165kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong masyarakat mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang keistimewaan Tafsir Al-Azhar, ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka dan pendekatan yang digunakan dalam Kuliah Subuh tersebut. Sampel kajian ini terdiri daripada jemaah Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah. Seramai 50 orang mewakili keseluruhan jemaah telah dipilih secara tidak rawak. Set soal selidik mengandungi 45 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 14.0 for Windows. Secara keseluruhannya hasil analisis menunjukkan responden bersetuju bahawa ketiga–tiga faktor telah mendorong mereka untuk mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah dengan catatan nilai min berada pada tahap yang tinggi. Faktor keistimewaan Tafsir Al- Azhar mencatat nilai min 4.53, ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka mencatat nilai min 4.55 dan pendekatan yang digunakan dalam Kuliah Subuh mencatat nilai min 4.41 . Oleh yang demikian, sebagai pengukuhan dan penambaikkan kepada kajian yang dijalankan, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kuliah subuh tafsir al-Azhar, Masjid Al-Falah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10694
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:22 Oct 2010 03:53
Last Modified:27 Feb 2017 00:35

Repository Staff Only: item control page