Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai

Mohd Noor, Norani and Sahip, Saifulazri (2010) Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai. Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
56kB

Abstract

Kajian diskriptif yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti persediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan serta beberapa masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus berasaskan sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Responden kajian adalah seramai 36 orang guru Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Johor Bahru, kawasan Skudai. Soal selidik dijadikan sebagai alat kajian dan ianya dibina berdasarkan dokumen Manual Pemantauan Pentaksiran Berasaskan Sekolah daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil analisis daripada kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah sederhana (Alpha cronbach 0.605). Segala data yang diperolehi dianalisa bagi mendapatkan frekuensi serta peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa peratusan guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakan PBS ini amat tinggi. Pengurusan masa juga amat penting bagi guru-guru Kemahiran Hidup ini dengan jumlah peratusan yang bersetuju amat tinggi. Bagi urusan kelengkapan peralatan serta bahan-bahan, guru-guru serta pihak pengurusan mengambil berat mengenainya. Hanya jadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat menyukarkan mereka melaksanakan PBS. Secara keseluruhannya, guru-guru Kemahiran Hidup ini dapat memahami dan melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik. Akhir sekali beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya guru-guru perlu mempersiapkan diri dengan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah. Pemantauan dari pihak sekolah juga perlu untuk memastikan pelaksanaan kerja kursus Kemahiran Hidup sentiasa dijalankan berterusan. Bagi pihak Jabatan Pelajaran Negeri pula, mereka perlu menjalankan kursus-kursus pentaksiran secara berterusan supaya guru-guru memperolehi pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pentaksiran kerja kursus, kemahiran hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10688
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Oct 2010 07:52
Last Modified:14 Aug 2017 03:21

Repository Staff Only: item control page