Mukhari, Abd. Wahid and Marimuthu, Sumathi (2010) Masalah Masalah Dalam Melaksanakan Aspek Aspek Keselamatan Dan Kesihatan Mengikut Akta 514 Di Industri Servis Automotif Di Sekitar Daerah Kulai Johor. Masalah Masalah Dalam Melaksanakan Aspek Aspek Keselamatan Dan Kesihatan Mengikut Akta 514 Di Industri Servis Automotif Di Sekitar Daerah Kulai Johor . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
60Kb |
Abstract
Industri servis automotif adalah satu ruang kerja yang mendedahkan pekerja kapada bahaya. Menyedari hakikat ini, pelbagai usaha telah dan sedang diambil untuk menjamin Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Usaha ini termasuklah dengan menubuhkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH). Selain daripada itu, pihak kerajaan juga telah mungwujudkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi memastikan peranan majikan dan pekerja menjaga tempat kerja dengan selamat dan sihat. Walaubagaimanapun kemalangan terus juga berlaku di industry servisautomotif. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji masalah-masalah dalam pelaksanaan aspek-aspek Keselamatan dan Kesihatan mengikut Akta 514 di industry servis automotif. Kajian ini turut menilai aspek-aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang seharusnya dipraktikan di industry servis automotif. Kajian ini tertumpu kepada 29 industri servis automotif di sekitar daerah Kulai, Johor. Daripada hasil kajian didapati majikan-majikan kurang menghadapi masalah dalam pelaksanaan aspekaspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di industri servis automotif di daerah Kulai Johor. Katakunci : aspek keselamatan dan kesihatan, aktak 514, industry servis automotif
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | aspek keselamatan dan kesihatan, aktak 514, industry servis automotif |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 10682 |
| Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
| Deposited On: | 21 Oct 2010 07:26 |
| Last Modified: | 21 Oct 2010 07:26 |
Repository Staff Only: item control page

