Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem Penggera Kereta Dwihala

Sidek, Rosni Zamuddin Shah and Zahari, Khalaily (2010) Sistem Penggera Kereta Dwihala. Sistem Penggera Kereta Dwihala . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
47Kb

Abstract

Tugasan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan terhadap projek reka cipta yang melibatkan penggunaan sistem penggera anti pencuri yang dikenali sebagai Sistem Penggera Kereta Dwi Hala. Pendekatan yang digunakan adalah konsep penggunaan alat perhubungan walkie talkie yang boleh berhubung secara dua hala. Sistem ini akan mula berfungsi apabila butang penggera diaktifkan pada alat kawalan jauh setelah pengguna meninggalkan kereta. Sekiranya terdapat pencerobohan yang berlaku kepada kereta tersebut, maka satu isyarat akan dihantar kepada pemegang alat kawalan jauh dengan mengeluarkan bunyi alat penyaring (buzzer) dan juga alat getaran (vibrator). Sekiranya keadaan ini berlaku, maka pengguna kenderaan tersebut akan mengetahui bahawa kereta menghadapi masalah dan seterusnya pengguna tersebut boleh mengambil tindakan yang sewajarnya seperti segera bergegas ke keretanya untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Seramai 20 orang penduduk dari taman perumahan di taman Sri Pulai dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden dan bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa keberkesanan dan kefungsian penggunaan sistem penggera kereta dwi hala ini dapat meningkatkan lagi keyakinan pemilik kereta terhadap aspek keselamatan keretanya. Projek reka cipta ini dicadangkan supaya dipatenkan agar tidak diciplak atau ditiru oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Katakunci: Penggera Kereta Dwi Hala

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Penggera Kereta Dwi Hala
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10676
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Oct 2010 06:53
Last Modified:21 Oct 2010 06:53

Repository Staff Only: item control page