Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Majalah Web : Kerjaya Dan Tokoh Matematik

Ismail, Zaleha and Kasmin, Mohd Khalid and Mat Isa, Marlia (2010) Pembangunan Majalah Web : Kerjaya Dan Tokoh Matematik. Pembangunan Majalah Web : Kerjaya Dan Tokoh Matematik . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
44kB

Abstract

Majalah elektronik (e-majalah) ialah majalah atas talian berkonsepkan pembelajaran terbuka di mana bahan yang disediakan dapat dikongsi bersama di kalangan pembaca tanpa mengira tempat dan masa. E-majalah juga membenarkan medianya berkongsi dan bekerjasama dengan ciri-ciri media yang lain seperti audio, video dan hiperlink. Majalah web ‘Dunia Matematik’ dibangunkan bertujuan menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik di sekolah supaya pelajar dapat mendalami bidang matematik yang luas tanpa sempadan. Dunia Matematik ini dibangunkan menggunakan perisian Joomla! 1.5 sebagai perisian utama dan proses pembangunannya berteraskan model ADDIE dan menggunakan pendekatan Sosial Konstruktivisme yang menekankan pengetahuan yang terbina semasa aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Dunia Matematik diterbitkan sekali pada setiap bulan dan mengandungi ruang utama iaitu Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permaianan, Kuiz dan Pelajari matematik. Namun begitu, fokus projek ini membincangkan dua ruang utama Dunia Matematik iaitu Kerjaya dalam Matematik dan Tokoh Matematik. Dalam lima isu yang telah diterbitkan, ruangan kerjaya berkisar tentang kejuteraan aeroangkasa, arkitek, perguruan dan aktuari serta kelayakan yang diperlukan untuk menceburi bidang ini. Selain itu, tokoh – tokoh matematik yang banyak memberi sumbangan dipilih dan diketengahkan untuk menjadi sumber inspirasi kepada pembaca. Kedua-dua ruangan ini mempunyai ruangan komen yang memberi peluang kepada pengguna untuk berinteraksi sesama rakan, guru dan pembangun. Terdapat pelbagai elemen multimedia seperti grafik, animasi dan video diterapkan di dalam majalah web ini supaya ia menjadi lebih menarik. Diharapkan dengan wujudnya majalah web matematik ini ia dapat memupuk semangat menghargai matematik dan memberi pelbagai maklumat yang berguna kepada pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:majalah web, kerjaya, tokoh matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10675
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Oct 2010 06:49
Last Modified:14 Aug 2017 01:39

Repository Staff Only: item control page