Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Lamanweb Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ Berdasarkan Strategi Pembelajaran Berasaskan Situasi

Atan, Noor Azean and Badarudin, Mohd Ariff (2010) Pembangunan Lamanweb Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ Berdasarkan Strategi Pembelajaran Berasaskan Situasi. Pembangunan Lamanweb Bagi Subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ Berdasarkan Strategi Pembelajaran Berasaskan Situasi . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
28Kb

Abstract

Dalam sistem pembelajaran bagi subjek berasaskan perisian komputer, kaedah pembelajaran secara hands-on adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pembelajaran secara kuliah. Suatu kelainan dalam proses pendidikan yang mampu menarik perhatian amat diperlukan bagi mendapatkan maklum balas positif dari masyarakat pelajar. Oleh itu, laman web ini dibangunkan berdasarkan strategi pembelajaran berasaskan situasi dimana pelajar akan cuba dibawa kepada situasi sebenar pembelajaran tersebut. Subjek Bahasa Pengaturcaraan I C++ telah dipilih sebagai isi pelajaran dengan memberi tumpuan kepada topik Struktur Pilihan dan Gelungan. Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hannafin dan Peck yang mempunyai tiga fasa iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Rekabentuk serta Fasa Pelaksanaan dan Pembangunan digunakan sebagai panduan dalam membangunkan laman web ini. Laman web ini juga dibangunkan dengan menggunakan Micromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Captivate 3, Adobe Photoshop CS2 dan Borland C++. Diharap dengan pembangunan laman web ini akan membantu pelajar menguasai subjek tersebut dan dapat membentuk pelajar dalam menentukan hala tuju dan matlamat pembelajaran mereka. Katakunci: Bahasa Pengaturcaraan I C++, laman web, strategi pembelajaran

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahasa Pengaturcaraan I C++, laman web, strategi pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10674
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:21 Oct 2010 06:46
Last Modified:21 Oct 2010 06:46

Repository Staff Only: item control page