Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan empat

Kamrin, Sarimah and Noordin, Shaharom (2008) Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan empat. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13 . pp. 58-72. ISSN 1394-1801

[img]
Preview
PDF - Published Version
741kB

Abstract

Kemahiran berfikir kritis ini merupakan kemahiran yang penting dalam proses pembentukan ciri-ciri warga negara maju. Kajian tentang tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar telah dijalankan ke atas 269 orang pelajar tingkatan empat yang yang terdiri daripada 116 orang pelajar Ielaki dan 153 orang pelajar perempuan dari lima buah sekolah menengah di Daerah Kulai. Pelajar yang terlibat dalam kajian ini berumur antara 16 tahun hingga 17 tahun. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal-A (WGCTA-A) (adaptasi dari Sabaria. 2003) yang mengandungi 80 item. Reka bentuk kajian ialah tinjauan yang menggunakan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif datam bentuk min. sisihan lazim dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan Tahap Penguasaan Kemahiran Bertikir Kritis pelajar Sains tingkatan empat di Daerah Kulai secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana (50.41%). Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran berfikir kritis, Watson Glaser Critical Thinking Appraisal-A (WGCTA-A)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:10659
Deposited By: Zalinda Shuratman
Deposited On:22 Oct 2010 01:25
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page