Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Pengajaran Guru Di Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai

Boon , Yusof and Selemin, Rohaizad (2010) Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Pengajaran Guru Di Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai. Penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Dalam Pengajaran Guru Di Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
79kB

Abstract

: Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah dalam pengajaran dan tahap sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah dalam pengajaran dan sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah mengikut jantina, umur dan pengalaman, mengajar guru. Responden kajian terdiri daripada 105 orang guru sekolah menengah di dua buah sekolah dalam kawasan Skudai. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah bentuk soal selidik yang mengandungi sejumlah soalan yang berkaitan dengan tahap pengetahuan guru terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah dan tahap sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah. Data kajian dianalisis secara kuantitatif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS Version 11.5) yang melibatkan penggunaan kaedah statistik Ujian-T dan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah dalam pengajaran berada pada tahap sederhana dengan min 1.88 dan tahap sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah juga berada pada tahap sederhana dengan min 1.88. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor jantina, umur dan pengalaman mengajar guru tidak memperlihatkan perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan guru terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah dan sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah. Hasil dapatan kajian ini, dicadangkan agar faktor pengetahuan guru terhadap peranan Pusat Sumber Sekolah diambil kira sebagai penentu utama kepada sikap guru terhadap aktiviti Pusat Sumber Sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pusat sumber sekolah (PSS), tahap pengetahuan guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10647
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Oct 2010 04:18
Last Modified:20 Oct 2010 04:18

Repository Staff Only: item control page