Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia

Awang, Ramli and Abdul Kadir @ Ismail, Rosmaziah (2010) Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia. Amalan Solat Sunat Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir SPI. Satu Kajian Di Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
155kB

Abstract

: Penglibatan pelajar dalam melaksanakan solat sunat bukanlah suatu perkara yang baru. Justeru, tahap pengamalan solat sunat di kalangan pelajar SPI telah mendapat perhatian penyelidik. Di samping itu juga, kajian ini turut mengkaji jenis-jenis solat sunat yang diamalkan oleh pelajar SPI serta faktor-faktor utama yang mendorong pelajar melaksanakan solat sunat . Dalam konteks kajian ini, penyelidik telah memilih pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) sebagai responden. Seramai 46 pelajar telah dipilih untuk mewakili sampel kajian. Set soal selidik yang mengandungi 30 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan serta min dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.8013. Hasil analisis menunjukkan bahawa responden mengetahui dan memahami tentang solat-solat sunat. Namun, tahap pengamalan pelajar dalam melaksanakan solat sunat masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak tertentu untuk diambil tindakan bagi meningkatkan tahap kefahaman dan mempertingkatkan lagi pengamalan solat sunat di kalangan pelajar SPI, khususnya di kampus.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:amalan solat sunat, pelajar tahun akhir SPI
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10645
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:20 Oct 2010 04:05
Last Modified:20 Oct 2010 04:05

Repository Staff Only: item control page