Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangunkan Perisian Multimedia Bagi Kursus Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Dalam Mata Pelajaran Vokasional Bagi Lukisan Teknik Tajuk Lukisan Hamparan Kaedah Penyegitigaan

Abdullah, Nur Qistina and Meliki, Askandar (2010) Membangunkan Perisian Multimedia Bagi Kursus Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Dalam Mata Pelajaran Vokasional Bagi Lukisan Teknik Tajuk Lukisan Hamparan Kaedah Penyegitigaan. Membangunkan Perisian Multimedia Bagi Kursus Kimpalan Dan Fabrikasi Logam Dalam Mata Pelajaran Vokasional Bagi Lukisan Teknik Tajuk Lukisan Hamparan Kaedah Penyegitigaan . pp. 1-5. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
26kB

Abstract

Pembangunan perisian multimedia di peringkat sekolah didapati mampu membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buat masa sekarang perisian multimedia lukisan teknik yang bercirikan tempatan adalah sukar untuk didapati di pasaran. Sehubungan dengan itu, projek ini bertujuan membangunkan perisian multimedia yang digunakan untuk mengajar tajuk Lukisan Hamparan Kaedah Penyegitigaan. Pembangunan perisian ini memerlukan dua fasa yang utama iaitu fasa rekabentuk perisian dan fasa penilaian perisian. Ia dibangunkan dengan aplikasi Macromedia SWiSHmax dibantu dengan perisian-perisian grafik, audio dan animasi seperti, Macromedia Flash 8, photoshop 7 dan autocad 2005 untuk menyumbangkan kepada suatu persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.. Penilaian yang diperolehi mendapati bahawa perisian yang telah dihasilkan dapat memenuhi keperluan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk peningkatan, aspek-aspek reka bentuk dan ketepatan isi kandungan juga harus diambilkira untuk menjadikannya satu perisian yang lebih berkualiti.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pembangunan perisian multimedia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10641
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Oct 2010 15:09
Last Modified:13 Aug 2017 08:24

Repository Staff Only: item control page