Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesesuaian Isi Kandungan,Masa,Kemudahan Dan Alatan, Dan Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Dalam Matapelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di Daerah Kluang

Hamdan, Abdul Rahim and Ayop, Ahmad Faizal (2010) Kesesuaian Isi Kandungan,Masa,Kemudahan Dan Alatan, Dan Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Dalam Matapelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di Daerah Kluang. Kesesuaian Isi Kandungan,Masa,Kemudahan Dan Alatan, Dan Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) Dalam Matapelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di Daerah Kluang . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
58kB

Abstract

Kajian ini bertujuan membuat tinjauan terhadap perspektif guru-guru kemahiran teknikal di daerah Kluang mengenai kesesuaian matapelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah. Objektif kajian ialah untuk mengetahui kesesuaian sukatan, masa, alatan dan kemudahan dan kaedah pengajaran. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data mengenai empat aspek iaitu kesesuaian sukatan, masa, alatan dan kemudahan dan kaedah pengajaran. Responden terdiri daripada 40 orang guruguru yang mengajar subjek kemahiran teknikal di daerah Kluang yang terlibat secara langsung dengan pengajaran matapelajaran kemahiran teknikal.. Nilai kebolehpercayaan ialah 0.742. Semua data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS versi 14.0 untuk memperolehi frekuensi, peratus, min dan nilai ujian -t. Hasil kajian mendapati guru-guru kemahiran teknikal mempunyai pandangan yang positif terhadap sukatan,alatan dan kemudahan serta kaedah pengajaran kemahiran teknikal menengah rendah. Walau bagaimanapun aspek masa masih perlu diperbaiki dalam proses mengajar matapelajaran kemahiran teknikal.dengan dapatan purata min 3.65. Berdasarkan ujian –t, tidak terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan dan kesesuaian, dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah. Namun ia tidak menghalang guru-guru dari terus mengajar matapelajaran ini demi untuk mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam semua bidang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran teknikal, guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10639
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Oct 2010 15:03
Last Modified:13 Aug 2017 08:18

Repository Staff Only: item control page