Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecemerlangan Dalam Pencapaian Akademik Pelajar-Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik,Mekanikal) Di Fakulti Pendidikan, UTM

Minghat, Asnul Dahar and La’anain, Anasyuhada (2010) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecemerlangan Dalam Pencapaian Akademik Pelajar-Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik,Mekanikal) Di Fakulti Pendidikan, UTM. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecemerlangan Dalam Pencapaian Akademik Pelajar-Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik,Mekanikal) Di Fakulti Pendidikan, UTM . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
50kB

Abstract

Kajian ini berbentuk deskriptif bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan dalam pencapian akademik pelajar-pelajar. Sampel kajian ini melibatkan 61 orang pelajar tahun empat yang mendapat anugerah Kepujian Dekan semester II sesi 2006/2007 yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (KejuruteraanAwam/Elektrik/Mekanikal) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Aspek yang dikaji melibatkan empat perkara utama iaitu untuk mengenalpasti pilihan utama terhadap factor pensyarah, mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor cara belajar berkesan, mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor rakan, dan juga mengenalpasti pilihan utama terhadap faktor pembaharuan standard penilaian pemarkahan (GRED BARU). Instrumen kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah soal selidik.Nilai kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah 0.837. Data yang diperolehi dianalisis dengan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) Versi 12.0. Hasil analisis mengikut item diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Hasil kajian menunjukkan faktor pembaharuan standard penilaian pemarkahan (GRED BARU) adalah merupakan pilihan utama pelajar dalam mempengaruhi kecemerlangan dalam pencapaian akademik iaitu nilai min 2.74, diikuti dengan faktor pensyarah dengan nilai min 2.65, pilihan ketiga pelajar pula adalah faktor cara belajar berkesan dengan nilai min 2.53, dan akhir sekali pelajar telah memilih faktor rakan sebagai pilihan dengan nilai min hanya 2.46. Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian bagi memungkinkan kajian lanjutan dijalankan. Katakunci: pelajar, pencapian akademik

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pelajar, pencapian akademik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10638
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:19 Oct 2010 15:00
Last Modified:11 Feb 2017 03:22

Repository Staff Only: item control page