Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan Program-Program Pemulihan Tingkah laku Di Taman Seri Putri Batu Gajah Dan Kompleks Dar-Assa’adah

Yahaya, Azizi and Hashim, Sharin and Abd Wahab, Jesmin (2010) Keberkesanan Program-Program Pemulihan Tingkah laku Di Taman Seri Putri Batu Gajah Dan Kompleks Dar-Assa’adah. Keberkesanan Program-Program Pemulihan Tingkah laku Di Taman Seri Putri Batu Gajah Dan Kompleks Dar-Assa’adah . pp. 1-16. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
85kB

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan pelaksanaan program yang dijalankan di Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak dan Kompleks Dar-Assa’dah, Kuala Lumpur. Di institusi ini, delikuen wanita akan menjalani program pemulihan yang bertujuan untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada mereka sebagai persediaan untuk diterima semula oleh masyarakat. Instrument kajian ialah soal selidik yang digunakan ini diubahsuai daripada kajian Azizi(1990) dan Azizi ( 2004). Darjah kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan Cronbach Alpha di mana nilai keseluruhannya ialah 0.961. Seramai 79 orang pelatih terdiri penghuni yang telah menjalani sekurang-kurangnya 6 bulan program pemulihan tingkah laku di kedua-dua institusi dipilih sebagai responden. Pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ialah Kemudahan dan Kelengkapan yang sedia ada, Program Vokasional, Program Kokurikulum, Program Keagamaan dan Program Bimbingan serta Kaunseling. Dapatan kajian menunjukkan Kemudahan dan Kelengkapan yang tersedia berada di tahap sederhana. Begitu juga Program Vokasional, Program Kokurikulum dan Program Bimbingan dan Kaunseling kurang berkesan. Program Keagamaan adalah berkesan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kemudahan dan Kelengkapan yang sedia ada, Program Vokasional dan Program Kokurikulum di Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak dan Kompleks Dar-Assa’dah, Kuala Lumpur. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara Program Keagamaan dan Program Bimbingan dan Kaunseling di Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak dan Kompleks Dar-Assa’dah, Kuala Lumpur. (katakunci: pusat pemulihan, delikuen wanita, kemudahan dan kelengkapan, program vokasional, program kokurikulum, program keagamaan, program bimbingan dan kaunseling)

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pusat pemulihan, delikuen wanita, kemudahan dan kelengkapan, program vokasional, program kokurikulum, program keagamaan, program bimbingan dan kaunseling
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10617
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Oct 2010 15:03
Last Modified:13 Aug 2017 08:13

Repository Staff Only: item control page