Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja

Yahaya, Azizi and Ab. Ghaffar, Mohd Najib and Baharom, Badrulzaman (2010) Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja. Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Devian Remaja . pp. 1-17. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
94kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara persekitaran keluarga dengan tingkah laku devian di kalangan pelajar remaja di Daerah Pontian, Johor. Seramai 210 pelajar dari beberapa buah sekolah menengah di Daerah Pontian telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Statistik deskriptif iaitu frekuensi dan min digunakan untuk analisis taburan. Manakala statistik inferensi iaitu analisis korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan antara persekitaran keluarga dengan tingkah laku devian remaja. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri tingkah laku ibu bapa dengan tingkah laku devian remaja. Katakunci; persekitaran keluarga, tingkah laku devian remaja

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persekitaran keluarga, tingkah laku devian remaja
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10616
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Oct 2010 14:59
Last Modified:13 Aug 2017 07:32

Repository Staff Only: item control page