Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pelajar terhadap pelakuan agresif yang berlaku di lima buah sekolah di kawasan bandar Johor Bahru

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin and Idris, Faizah (2010) Persepsi pelajar terhadap pelakuan agresif yang berlaku di lima buah sekolah di kawasan bandar Johor Bahru. Persepsi Pelajar Terhadap Pelakuan Agresif yang berlaku di Lima Buah Sekolah di Kawasan Bandar Johor Bahru . pp. 1-18. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
138kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap perlakuan agresif yang berlaku di lima buah sekolah di kawasan Bandar Johor Bahru. Kajian ini untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap faktor yang menyebabkan berlakunya perlakuan agresif pelajar dan jenis tingkah laku agresif yang berlaku di sekolah menengah. Dalam konteks kajian ini, hanya tiga persepsi pelajar sahaja yang dikaji iaitu dari aspek faktor yang menjurus kepada perlakuan agresif pelajar, jenis tingkah laku yang berlaku di sekolah dan membina hipotesis. Seramai 260 orang pelajar agresif dari tingkatan satu, dua dan empat di lima buah sekolah di kawasan Bandar Johor Bahru di pilih secara rawak berperingkat dilibatkan dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mendapat maklumat melalui Instrumen Soal Selidik Senarai Semak Masalah Mooney yang telah di analisa menggunakan SPSS 11.5(Statistical Package For Sosial Science). Ia mengandungi 64 item berbentuk skala likert. Nilai kebolehpercayaan (alpha croanbach) alat kajian adalah 0.81. Analisis stastistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya tahap persepsi pelajar terhadap perlakuan agresif dan jenis berada pada tahap yang tinggi. Dapatan hipotesis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor suasana sekolah, latar belakang keluarga, sikap pelajar, psikologi dan rakan sebaya dengan jantina. Terdapat perhubungan yang signifikan antara tingkah laku verbal dan anti sosial dengan pendapatan ibu bapa. Persepsi pelajar terhadap perlakuan agresif di sekolah menengah menunjukkan pelajar bertindak agresif kerana faktor-faktor suasana sekolah (min 4.1), latar belakang keluarga yang kurang memberikan perhatian kepada pelajar (min 3.86), sikap pelajar (min 3.88), psikologi (min 3.65) dan rakan sebaya (min 3.68). Tingkah laku agresif yang kerap dilakukan ialah tingkah laku fizikal (min 3.57), verbal (min 3.53) dan anti sosial (min 3.34). Dapatan kajian ini menunjukkan tahap agresif pelajar di tahap yang tinggi. Cadangan untuk mengatasi masalah antaranya ialah pihak sekolah harus mengenal pasti budaya pelajar agresif dan memperkasakan program pembimbing rakan sebaya agar dapat mengurangkan masalah pelajar agresif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perlakuan agresif, sekolah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10615
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Oct 2010 14:55
Last Modified:06 Dec 2011 05:30

Repository Staff Only: item control page