Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM Berkhidmat Di Kawasan Pedalaman

Abu, Baharin and Ismail, Norhidayah (2010) Kesediaan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM Berkhidmat Di Kawasan Pedalaman. TheKesediaan Guru Pelatih Fakulti Pendidikan UTM Berkhidmat Di Kawasan Pedalaman . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
49kB

Abstract

TKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Kajian merangkumi sikap dan minat, kemahiran mengajar, masalah yang dijangkakan berlaku dan juga perbandingan kesediaan antara lelaki dan perempuan. Kajian ini melibatkan 62 orang responden tahun akhir yang terdiri daripada 28 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)-(SPM) dan 34 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)-(SPT). Responden kajian ini terdiri daripada 55 orang perempuan dan 7 orang lelaki. Instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A (5 item latarbelakang responden), bahagian B dan C (33 item objektif) dan bahagian D (satu soalan terbuka). Datadata kuantitatif bahagian A, B dan C yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 12.0 for Windows untuk mendapatkan bentuk peratusan, kekerapan dan min. Data kualitatif bagi item bahagian D dikategorikan mengikut tema dan dikuantitikan dalam bentuk kekerapan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen adalah 0.96. Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan sikap dan minat, dan kemahiran mengajar guru pelatih berada pada tahap sederhana. Berdasarkan perbandingan antara faktor jantina, guru pelatih lelaki lebih bersedia daripada kedua-dua aspek berbanding guru pelatih perempuan. Dapatan kajian juga mendapati beberapa masalah yang dijangkakan berlaku oleh guru pelatih. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih masih berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan kajian turut dibincangkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: guru pelatih, kesediaan, pedalaman
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10610
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:18 Oct 2010 13:59
Last Modified:13 Aug 2017 07:37

Repository Staff Only: item control page