Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangunkan perisian modul bahan bantu mengajar (BBM) bertajuk blood circulation and transport bagi mata pelajaran sains tingkatan tiga

Jonid, Muslim and Hashim, Hasnol (2010) Membangunkan perisian modul bahan bantu mengajar (BBM) bertajuk blood circulation and transport bagi mata pelajaran sains tingkatan tiga. Membangunkan Perisian Modul Bahan Bantu Mengajar (BBM) Bertajuk Blood Circulation And Transport Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan Tiga . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
40kB

Abstract

Perkembangan pesat era sains dan teknologi dekad ini ternyata memberi pengaruh yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia turut memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, satu modul perisian bahan bantu mengajar (BBM) versi bahasa Inggeris yang bertajuk Blood Circulation and Transport telah dibangunkan. Penggunaan BBM dapat merangsang keinginan dan minat pelajar dalam pembelajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Kesepaduan antara elemen-elemen multimedia yang canggih seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi dapat memudahkan pelajar memahami konsep sains yang abstrak. Perisian Microsoft Office PowerPoint 2003 merupakan asas pembangunan modul disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas 5.0, dan Macromedia Flash MX. Perisian yang dilengkapi dengan isi pelajaran, analogi, glosari, permainan, capaian Internet, penilaian serta pengukuhan mampu menjadikan ia pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembangunan modul perisian ini secara keseluruhannya dapat membantu guru terutamanya bagi mata pelajaran Sains tingkatan tiga dalam proses pengajaran agar pembelajaran pelajar lebih berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bahan bantu mengajar (BBM), Blood Circulation and Transport, perisian
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10605
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Oct 2010 14:40
Last Modified:11 May 2011 09:26

Repository Staff Only: item control page