Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi Dan Berkomunikasi Dalam Kalangan Bakal Guru Sains

Noordin, Shaharom and Awang, Zaidah (2010) Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi Dan Berkomunikasi Dalam Kalangan Bakal Guru Sains. Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi Dan Berkomunikasi Dalam Kalangan Bakal Guru Sains . pp. 1-12. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
108Kb

Abstract

Kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik. Kajian tahap kefahaman proses sains iaitu kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains telah dijalankan. Seramai 39 orang peserta kajian daripada Program Pendidikan Sains terlibat dalam kajian ini. Terdapat tiga pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu tahun pengajian, latar belakang akademik dan PNGK. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi (USAINS) dengan nilai kebolehpercayaan iaitu ?= .707. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi secara keseluruhannya adalah baik. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi merentas tahun pengajian iaitu pelajar 3SPN dan pelajar 4SPN berada pada tahap kefahaman baik tetapi terdapat perbezaan dalam merentas latar belakang akademik dan PNGK. Pelajar berlatar belakang akademik STPM dan Diploma berada pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar berlatar belakang akademik Matrikulasi berada pada tahap kefahaman baik. Di samping itu, pelajar yang mempunyai PNGK lebih besar atau sama dengan 3.67 (PNGK?3.67) berada pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar yang mempunyai PNGK lebih kecil atau sama dengan 3.66 tetapi lebih besar atau sama dengan 3.00 (3.00?PNGK?3.66) berada pada tahap kefahaman baik. Katakunci: bakal guru, kemahiran mentakrif secara operasi, kemahiran berkomunikasi, sains

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: bakal guru, kemahiran mentakrif secara operasi, kemahiran berkomunikasi, sains
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10604
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Oct 2010 14:38
Last Modified:17 Oct 2010 14:38

Repository Staff Only: item control page