Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Profil Tret Personaliti Pensyarah Yang Cemerlang Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP)

Abd. Ghani, Faizah and Mohd Arshad, Zuhaili (2010) Profil Tret Personaliti Pensyarah Yang Cemerlang Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP). Profil Tret Personaliti Pensyarah Yang Cemerlang Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP) . pp. 1-15. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
86kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau profil tret personaliti pensyarah UTM yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP) bagi semester 2 sesi 2007/2008. Kajian ini adalah berdasarkan kepada Teori Tret Personaliti Big Five. Seramai 40 orang pensyarah cemerlang terlibat sebagai responden, dan kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Soal selidik NEO-PI-R oleh McCrae & Costa (1992) dan diterjemahkan oleh Khairul Anwar (2000) digunakan sebagai instrumen kajian, dan ia mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik berdasarkan nilai alpha Cronbach .870 bagi domain Neuroticism (N), .804 bagi domain Extraversion (E), .790 bagi domain Openness to Experience (O), .682 bagi domain Agreeableness (A), dan .904 bagi domain Conscientiousness (C). Nilai alpha Cronbach bagi keseluruhan item adalah .813. Data yang telah dikumpul dianalisis menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) versi 12.0 for windows. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa pensyarah yang cemerlang memiliki skor yang rendah bagi domain Neuroticism (N-), dan skor yang tinggi bagi domain Agreeableness (A+) dan Conscientiousness (C+). Ujian korelasi Pearson ‘r’ dijalankan bagi menjawab sepuluh hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara domain Neuroticism dengan Extraversion, Neuroticism dengan Openness to Experience, Neuroticism dengan Agreeableness, Neuroticism dengan Conscientiousness, Extraversion dengan Openness to Experience, Extraversion dengan Conscientiousness, Openness to Experience dengan Conscientiousness, dan Agreeableness dengan Conscientiousness. Satu hubungan signifikan yang kuat wujud antara domain Neuroticism dengan Conscientiousness pada skala r = -.742 dengan arah hubungan yang negatif. Implikasi kajian ini menunjukkan betapa pentingnya kecemerlangan personaliti pensyarah dalam menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Cadangan tindakan dan kajian lanjutan turut dibincangkan dalam kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP), profil tret personaliti pensyarah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10603
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Oct 2010 14:35
Last Modified:13 Aug 2017 06:23

Repository Staff Only: item control page