Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Kursus Penyediaan Makanan Bagi Tajuk Diet Dan Diabetes, Diet Dan Hipertensi

Ismail, Sarimah and Kamis, Zuraila (2010) Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Kursus Penyediaan Makanan Bagi Tajuk Diet Dan Diabetes, Diet Dan Hipertensi. Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Kursus Penyediaan Makanan Bagi Tajuk Diet Dan Diabetes, Diet Dan Hipertensi . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
38kB

Abstract

Bahan pengajaran dan pembelajaran memenuhi keperluan kurikulum dan menekankan kepada penglibatan pelajar bagi memastikan pembangunan sumber manusia dalam bidang tertentu tidak terjejas. Oleh itu untuk memastikan pelajar dapat menguasai pengetahuan dengan lebih mudah, maka penyelidik telah membuat penilaian formatif ke atas Modul Pengajaran Kendiri Diet dan Diabetes dan Modul Pengajaran Kendiri Diet dan Hipertensi bagi kursus Penyediaan Makanan untuk menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. MPK ini di bina dengan menggunakan Model Teras – Cabang (Shaharom, 1994). Penilaian status kesesuaian MPK melalui tiga peringkat iaitu kajian rintis oleh seorang pensyarah yang mengajar kursus Penyediaan Makanan, Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) oleh seorang pensyarah yang mengajar kursus Penyediaaan Makanan dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) yang dinilai oleh tiga pensyarah yang mengajar kursus Penyediaan Makanan dengan lima pembolehubah mengikut teks, gambar rajah, objektif pembelajaran, soalan dan aktiviti pembelajaran. Alat kajian yang digunakan bagi PFSS dan PFKK terdiri daripada satu set protokol temubual berstruktur dan soalan soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Daripada dapatan kajian menunjukkan kedua-dua MPK Diet dan Diabetes dan Diet dan Hipertensi sesuai digunakan sebagai bahan P&P.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: Diet dan Diabetes, Diet dan Hipertensi, Modul Pengajaran Kendiri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10602
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Oct 2010 14:32
Last Modified:11 Sep 2017 02:02

Repository Staff Only: item control page