Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor

Yahaya, Azizi and Ramli, Jamaludin and C. Karuppaya, K. Shoba (2010) Faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah di Johor. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Johor . pp. 1-18. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
146kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin pelajar dari persepsi guru-guru disiplin dari 20 buah sekolah menengah di Johor. Seramai 200 orang responden yang terdiri daripada guru-guru disiplin dari 20 buah sekolah menengah di Johor telah dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Azhar (2003), Foziah (1999) dan Jumail (1999). Instrumen soal selidik yang diubahsuai telah mendapat pengesahan daripada dua orang pensyarah UTM. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan/ analisis kesahihan. Darjah kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.949. Kajian ini dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows (Version 15.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, sisihan piawai dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian t dan analisis varians (ANOVA). Hasil kajian menunjukkan bahawa jenis masalah-masalah disiplin iaitu rosakkan harta benda, buli, ponteng dan kurang sopan berada pada tahap yang tinggi. Kemahiran dalam mengurus disiplin dari persepsi guru disiplin pun berada pada tahap yang tinggi. Manakala dari persepsi guru disiplin keperluan latihan untuk guru disiplin dalam menangani disiplin pelajar dan faktor kemerosotan disiplin pelajar dari segi sikap pelajar, rakan sebaya, keluarga dan suasana sekolah berada pada tahap yang sederhana. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengurangkan kemerosotan disiplin pelajar. Peranan dan kerjasama media massa dengan pihak berkuasa penting dalam membantu menangani masalah disiplin pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor sikap pelajar, faktor rakan sebaya, faktor keluarga, suasana sekolah, faktor guru, dan faktor persekitaran)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10599
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:17 Oct 2010 14:19
Last Modified:13 Aug 2017 06:57

Repository Staff Only: item control page