Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Stres Kerja Di Kalangan Guru Aliran Teknik Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor, Melaka Dan Negeri Sembilan

Yahaya, Azizi and Tee, Sook Kim and Ismail, Sharifudin (2010) Stres Kerja Di Kalangan Guru Aliran Teknik Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor, Melaka Dan Negeri Sembilan. Stres Kerja Di Kalangan Guru Aliran Teknik Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor, Melaka Dan Negeri Sembilan . pp. 1-14. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
91Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan punca utama stres kerja di kalangan guru aliran teknik di sekolah menengah teknik di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Seramai 92 orang guru aliran teknik dari sembilan buah sekolah menengah teknik di tiga buah negeri tersebut telah dipilih secara rawak (kluster atas kluster) untuk menjadi responden kajian ini. Faktor stres kerja yang dikaji termasuklah faktor salah laku pelajar, beban tugas, kekangan masa dan sumber, penghargaan dan perhubungan interpersonal. Instrumen kajian yang digunakan ialah Teacher Stress Inventory yang dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995) yang telah diubahsuai oleh Mokhtar (1998), Mazlan (2002) dan juga penyelidik sendiri. Darjah keboleh percayaan bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah 0.982. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres kerja di kalangan responden berada pada tahap yang sederhana. Faktor salah laku pelajar telah dikenal pasti sebagai faktor utama stres kerja di kalangan responden. Ini diikuti oleh faktor beban tugas, faktor kekangan masa dan sumber, faktor penghargaan dan faktor perhubungan interpersonal. Kelima-lima faktor ini telah menyebabkan stres kerja yang sederhana kepada guru aliran teknik yang terlibat. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan stres kerja yang signifikan di kalangan responden mengikut jantina, status perkahwinan dan kelulusan akademik tertinggi. Di samping itu, stres kerja responden juga dibuktikan tidak berhubung secara signifikan dengan umur, pengalaman mengajar dan pendapatan gaji sebulan mereka. Katakunci: aliran teknik, guru, stres

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:aliran teknik, guru, stres
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10595
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Oct 2010 14:37
Last Modified:16 Oct 2010 14:37

Repository Staff Only: item control page