Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Pelaksanaan Projek Kerja Kursus Dalam Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) Di Sekolah Daerah Manjung, Perak

Mukhari, Abd. Wahid and Mohamed, Zawani (2010) Persepsi Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Pelaksanaan Projek Kerja Kursus Dalam Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) Di Sekolah Daerah Manjung, Perak. Persepsi Pelajar Tingkatan Dua Terhadap Pelaksanaan Projek Kerja Kursus Dalam Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) Di Sekolah Daerah Manjung, Perak . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
74kB

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana persepsi pelajar terhadap pelaksanaan projek kerja kursus yang dijalankan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi RumahTangga). Persepsi pelajar terhadap pelaksanaan projek kerja kursus ini ditinjau dari tiga aspek iaitu keupayaan diri, peruntukan masa dan aktiviti pembelajaran. Kajian deskriptif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 196 orang pelajar Tingkatan Dua dari tiga buah sekolah menengah di Daerah Manjung, Perak yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian diproses menggunakan Statistical Packages for social Science (SPSS) versi 16.0 dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian ini menunjukkan persepsi responden terhadap projek kerja kursus adalah positif. Kajian ini juga memberikan cadangan untuk menambahbaik pelaksanaan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi RumahTangga) di sekolah dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh dilakukan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga), projek kerja kursus, sekolah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10594
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Oct 2010 14:30
Last Modified:25 May 2017 00:53

Repository Staff Only: item control page