Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pelajar Sekolah Menengah

Yeo, Kee Jiar and Muhamad, Zulkarnain (2010) Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pelajar Sekolah Menengah. Hubungan Antara Harga Diri Dengan Pencapaian Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pelajar Sekolah Menengah . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
73kB

Abstract

Harga diri pada umumnya ialah suatu bentuk penilaian kendiri. Individu dengan harga diri yang tinggi lebih berkemungkinan berasa puas hati dengan dirinya dalam pelbagai aspek secara umum seperti penampilan diri, kebolehan, akademik, hubungan dengan orang lain, dan sebagainya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti korelasi antara harga diri dengan pencapaian mata pelajaran Kemahiran Hidup dalam kalangan 120 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah. Setiap pelajar diberikan satu set borang soal selidik yang telah diuji kebolehpercayaannya yang menunjukkan nilai alfa Cronbach 0.879. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk mendapatkan frekuensi, peratus, dan min manakalah kaedah korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara harga diri dengan pencapaian Kemahiran Hidup. Di samping itu, ujian-t dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan antara harga diri dengan pencapaian pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan menunjukkan responden berada pada tahap sederhana dalam harga diri. Dapatan juga menunjukkan terdapat korelasi antara harga diri dengan pencapaian. Ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara harga diri pelajar lelaki dengan perempuan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar berpencapaian tinggi dengan rendah. Beberapa cadangan dikemukakan untuk mengukuhkan harga diri pelajar, justeru secara tidak langusng membantu dalam meningkatkan pencapaian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords: harga diri, pencapaian mata pelajaran kemahiran hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10591
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Oct 2010 14:22
Last Modified:13 Aug 2017 06:32

Repository Staff Only: item control page