Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan Persekitaran UTM Dalam Membangunkan Aspek Sosial Pelajar

Abdul Rahman, Mohd Anuar and Othman, Noor Safrina (2010) Kesan Persekitaran UTM Dalam Membangunkan Aspek Sosial Pelajar. Kesan Persekitaran UTM Dalam Membangunkan Aspek Sosial Pelajar . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
66kB

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan faktor persekitaran UTM dalam membangunkan aspek sosial pelajar. Faktor persekitaran yang dikaji ialah Pusat Kokurikulum UTM, kumpulan rakan sebaya, kolej kediaman, fakulti dan juga Hal Ehwal Pelajar. Seramai 228 orang pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan telah dipilih secara rawak mudah untuk dijadikan responden kajian. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A melibatkan latar belakang responden dan bahagian B melibatkan maklum balas responden terhadap faktor persekitaran. Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan pekali kebolehpercayaan alfa adalah 0.957. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science version 16 bagi mendapat nilai min, peratus, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan kesan persekitaran UTM dalam membangunkan sosial pelajar berada di tahap tinggi di mana faktor paling dominan ialah Pusat Kokurikulum UTM. Hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap faktor Pusat Kokurikulum UTM dan kumpulan rakan sebaya dalam membangunkan aspek social berdasarkan penempatan asal. Manakala terdapat perbezaan persepsi pelajar berdasarkan penempatan asal bagi faktor kolej kediaman, fakulti dan HEP dalam membangunkan aspek sosial pelajar. Hasil ujian ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap kelima-lima faktor persekitaran dalam membangunkan aspek sosial berdasarkan jabatan. Akhir sekali, disertakan beberapa cadangan untuk tindakan pihak-pihak berkaitan dan cadangan kajian lanjutan bagi panduan kajian pada masa akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kesan persekitaran UTM, aspek sosial pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10587
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Oct 2010 14:12
Last Modified:13 Aug 2017 04:30

Repository Staff Only: item control page