Hassan, Johari and Abd Aziz, Nor Hafiza Azne (2010) Tahap Penggunaan TV Pendidikan Dan Tahap Kesediaan Penggunaan EDUWEBTV Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Di Johor Bahru. Tahap Penggunaan TV Pendidikan Dan Tahap Kesediaan Penggunaan EDUWEBTV Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Di Johor Bahru . pp. 1-8. (Unpublished)
|
PDF
61kB |
Official URL: https://core.ac.uk/display/11785956/tab/similar-li...
Abstract
Kepelbagaian media pengajaran berbentuk elektronik dalam proses pengajaran danpembelajaran sememangnya mendapat tempat dalam system pendidikan negara pada masa kini.Maka, kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan TV Pendidikan dan tahapkesediaan penggunaan EDUWEBTV dalam kalangan guru Sekolah Rendah di Johor Bahru.Kajian ini tertumpu kepada kekerapan menonton, kepentingan TV Pendidikan serta masalahyang dihadapi dalam menggunakan TV Pendidikan. Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepadatahap pengetahuan guru tentang EDUWEBTV, kesediaan guru mengaplikasikan pengetahuansedia ada serta masalah-masalah awal yang dihadapi dalam menggunakan EDUWEBTV.Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang diedarkan kepada seramai 150 orangresponden dari 2 jenis sekolah rendah yang dipilih secara rawak berkelompok. Data ini dianalisisdengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Statistikdeskriptif iaitu min, frekuensi dan peratusan serta statistik inferensi seperti ujian-t dan ANOVAdigunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan TVPendidikan adalah di tahap yang rendah. Namun, majoriti responden menyedari akankepentingan TV Pendidikan. Manakala, masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalammenggunakan TV Pendidikan ialah masalah percanggahan jadual waktu. Tidak terdapatperbezaan yang signifikan dari segi kekerapan menonton antara kedua-dua jenis sekolah. BagiEDUWEBTV, tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru menggunakan EDUWEBTV adalahdi tahap yang sederhana. Manakala, masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan kemahirandalam menggunakan EDUWEBTV. Oleh yang demikian, beberapa cadangan dikemukakan bagimeningkatkan lagi minat terutamanya dalam penggunaan EDUWEBTV secara lebih sistematikdalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | TV pendidikan, EDUWEBTV |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10585 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 15 Oct 2010 14:42 |
Last Modified: | 22 Feb 2017 03:36 |
Repository Staff Only: item control page