Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Akademik Di Negeri Johor Terhadap Mata Pelajaran Vokasional Kursus Grafik Berkomputer

Mukhari, Abd. Wahid and Ismail, Nor Hasheila (2010) Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Akademik Di Negeri Johor Terhadap Mata Pelajaran Vokasional Kursus Grafik Berkomputer. Minat Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Akademik Di Negeri Johor Terhadap Mata Pelajaran Vokasional Kursus Grafik Berkomputer. . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
77kB

Abstract

Minat seseorang pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus Grafik Berkomputer mula diperkenalkan di sekolah menengah akademik pada tahun 2003. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana minat pelajar terhadap Grafik Berkomputer serta faktor-faktor yang mempengaruhi minat tersebut. Faktor-faktor yang dikaji merangkumi aktiviti yang dijalankan, peralatan perisian yang digunakan dan kaedah pengajaran guru di dalam pengajaran dan pembelajaran Grafik Berkomputer. Soal selidik adalah instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menentukan minat pelajar terhadap kursus tersebut. Hasil daripada kajian rintis yang telah dijalankan kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh, Kelantan yang mengambil kursus Grafik Berkomputer, soal selidik memiliki kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai alpa yang diperoleh ialah 0.8314. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah di negeri Johor yang melibatkan seramai 105 orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil kursus Grafik Berkomputer. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Windows version 10.0 untuk mendapatkan frekuensi, min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan 86.26% pelajar berminat dengan aktiviti yang dijalankan, 83.38% pelajar berminat dengan peralatan perisian yang digunakan dan 83.98% pelajar berminat terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Kesimpulan daripada analisis data mendapati bahawa majoriti pelajar-pelajar berminat terhadap kursus Grafik Berkomputer. Faktor-faktor yang dikaji didapati memainkan peranan dalam menarik minat pelajar terhadap kursus Grafik Berkomputer.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:minat pelajar, vokasional kursus grafik berkomputer
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10583
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Oct 2010 14:38
Last Modified:24 May 2017 07:35

Repository Staff Only: item control page