Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Koswer Pembelajaran Kendiri Bagi Tajuk Jirim Tingkatan Empat Berasaskan Teori Kognitif

Ali, Mohamad Bilal and Md Dalhar, Norida (2010) Koswer Pembelajaran Kendiri Bagi Tajuk Jirim Tingkatan Empat Berasaskan Teori Kognitif. Koswer Pembelajaran Kendiri Bagi Tajuk Jirim Tingkatan Empat Berasaskan Teori Kognitif . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
228kB

Abstract

Penggunaan komputer merupakan satu kaedah yang penting dalam zaman yang penuh dengan pelbagai teknologi tinggi ini bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, sebuah perisian Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk jirim untuk kegunaan pelajar tingkatan empat telah dibangunkan. Perisian ini dibangunkan berasaskan teori kognitif dan menggunakan model reka bentuk ADDIE. PBK ini dibangunkan menggunakan perisian perisian Macromedia Authorware 7.0 dan disokong dengan lima perisian lain iaitu Macromedia Flash 8, Swishmax, Macromedia Adobe Photoshop CS2, TextAloudMP3 dan Sound Forge 9.0. Pelbagai elemen multimedia yang interaktif seperti teks, animasi, grafik audio dan video telah diintegrasikan dalam perisian ini. Pengguna boleh menjelajah bahagian-bahagian ini dengan mudah melalui butangbutang yang telah disediakan. Selain itu, maklum balas serta merta diberi berdasarkan pilihan pengguna. Perisian ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat dan sesuai untuk komputer bersistem MS-Windows. Pakar telah menilai PBK ini dan mengatakan bahawa perisian ini mempunyai reka bentuk yang cantik dan menarik. Pembangun mencadangkan PBK ini diletakkan elemen tiga dimensi dan menambahbaik perisian dari segi maklumat yang ada agar perisian ini dapat memberi lebih manfaat kepada golongan pelajar dan juga guru dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:koswer pembelajaran kendiri, jirim, teori kognitif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10582
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Oct 2010 14:35
Last Modified:13 Aug 2017 03:20

Repository Staff Only: item control page