Buntat, Yahya and Mohamed, Norhusna (2010) Aplikasi Pemikiran Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor. Aplikasi Pemikiran Kreatif Dan Kritis Dalam Pengajaran Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor. . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
103kB |
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau aplikasi pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran guru-guru teknikal bagi mata pelajaran Teknikal di sekolah menengah teknik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 103 orang guru teknikal yang mengajar mata pelajaran Teknikal di tiga buah sekolah teknik di negeri Johor Sekolah yang dipilih adalah Sekolah Menengah Teknik Muar, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dan Sekolah Menengah Teknik Segamat. Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.5 for windows dan dilaporkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan Alpha Cronbach dengan nilai keseluruhan 0.8370. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru teknikal memahami makna dan tujuan pemikiran kreatif dan kritis, guru-guru teknikal juga menggunakan teknik yang sesuai dalam mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis. Selain itu, dalam kajian ini juga menunjukkan pelajar memperolehi kebaikan melalui pemikiran kreatif dan kritis semasa pembelajaran mata pelajaran Teknikal. Hasil kajian ini juga menunjukkan pelajar dapat mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis dengan baik. Guru-guru teknikal juga menggunakan alat-alat berfikir pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran mata pelajaran Teknikal. Secara keseluruhannya, guru-guru teknikal mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran mata pelajaran Teknikal bagi mencapai matlamat wawasan 2020.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | pemikiran kreatif dan kritis, pengajaran guru-guru teknikal, mata pelajaran teknikal |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 10581 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 15 Oct 2010 14:33 |
Last Modified: | 13 Aug 2017 01:43 |
Repository Staff Only: item control page