Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Laman Web Interaktif Bagi Subjek Kimia Tingkatan 4 Topik: Preparation Of Insoluble Salts

Yahaya , Noraffandy and Supardi, Nor Shafiza (2010) Pembangunan Laman Web Interaktif Bagi Subjek Kimia Tingkatan 4 Topik: Preparation Of Insoluble Salts. Pembangunan Laman Web Interaktif Bagi Subjek Kimia Tingkatan 4 Topik: Preparation Of Insoluble Salts . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
135kB

Abstract

Pembelajaran secara dalam talian bukanlah suatu isu yang baru dalam bidang pendidikan di Malaysia. Perkembangan teknologi komputer dan kemudahan talian internet yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan memberi kemudahan kepada para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini melibatkan pembangunan sebuah laman web interaktif berdasarkan sukatan pelajaran subjek kimia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Projek ini dibangunkan bagi membantu pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 mempelajari topic ‘Preparation of Insoluble Salts’ serta memberi kemudahan kepada para guru untuk mendapatkan media yang sesuai digunakan semasa pengajaran subjek kimia. Laman web ini telah dibangunkan berdasarkan teori pembelajaran kognitif dengan menggunakan pendekatan pembelajaran masteri. Laman web ini mengandungi aktiviti yang dapat merangsang pemahaman pelajar terhadap kandungan pelajaran yang berkaitan dengan topik ‘Preparation of Insoluble Salts’. Bagi membangunkan laman web ini, pembangun telah menggunakan beberapa perisian multimedia seperti Marcomedia Flash 8, Macromedia Dreamweaver 8, Adobe Photoshop CS2 dan sebagainya. Model reka bentuk ADDIE telah digunakan bagi membangunkan laman web ini. Di harap laman web yang telah dihasilkan ini dapt memberikan manfaat kepada guru-guru dan para pelajar bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kualiti sesi pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web interaktif, kimia, preparation of insoluble salts
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10578
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Oct 2010 03:29
Last Modified:15 Oct 2010 03:29

Repository Staff Only: item control page