Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesediaan Pelajar Wanita Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia

Buntat , Yahya and Sulaiman, Noor Atiqah (2010) Kesediaan Pelajar Wanita Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. Kesediaan Pelajar Wanita Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Kolej Kediaman Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
54kB

Abstract

Kajian ini adalah satu tinjauan mengenai kesediaan pelajar wanita melibatkan diri dalam aktiviti kolej kediaman pelajar, Universiti Teknologi Malaysia dari aspek fizikal, emosi, minat dan sikap. Tinjauan ini juga bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kolej. Sampel untuk kajian ini adalah terdiri daripada pelajar wanita yang tinggal di tiga buah kolej dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia iaitu Kolej Tun Fatimah, Kolej Datin Seri Endon dan Kolej 9. Soal selidik telah dipilih sebagai instrumen untuk kajian ini. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan Cronbach’s Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.886. Seramai 254 orang pelajar wanita dipilih mewakili populasi. Penyelidik menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS for window version 11.5), untuk menganalisis data kajian bagi perhitungan min, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar wanita bersedia melibatkan diri dalam aktiviti kolej. Pelajar wanita memerlukan tubuh badan yang sihat dan cergas serta emosi yang stabil supaya bersedia melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati dan majoriti pelajar bersikap positif terhadap aktiviti yang dijalankan. Pelajar wanita bersedia melibatkan diri dalam aktiviti kolej terutamanya dalam aktiviti berbentuk keagamaan dan bersikap positif terhadap aktiviti kolej yang dapat membentuk sikap positif dalam diri mereka. Faktor rakan sebaya, faktor bakat dan kebolehan serta faktor insentif memainkan peranan yang penting mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti kolej. Penyelidik juga memberikan beberapa cadangan untuk meningkatkan penglibatan pelajar wanita dalam aktiviti kolej dengan mengharapkan komitmen pihak kolej serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:aktiviti kolej kediaman pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10577
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:15 Oct 2010 03:26
Last Modified:15 Oct 2010 03:26

Repository Staff Only: item control page