Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Light, Colour And Sight Tingkatan Empat

Jonid, Muslim and Wan Mad Mohtar, Wan Ahmad Zakwan (2010) Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Light, Colour And Sight Tingkatan Empat. Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Light, Colour And Sight Tingkatan Empat . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
45Kb

Abstract

Perkembangan pesat era sains dan teknologi dekad ini ternyata memberi pengaruh yang meluas kepada kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan ia turut memberi impak yang besar dalam sistem pendidikan negara dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, satu web portal berasaskan MOODLE yang bertajuk Light, Colour and Sight telah dibangunkan. Penggunaan web portal ini dapat merangsang keinginan dan minat pelajar dalam pembelajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Kesepaduan antara elemen-elemen multimedia yang canggih seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi dapat memudahkan pelajar memahami konsep sains yang abstrak. Perisian Microsoft Office PowerPoint 2007 merupakan asas pembangunan modul disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas Movie Studio Platinum 8.0, Xara 3D5 dan Macromedia Flash MX. Web portal yang dilengkapi dengan isi pelajaran, analogi, glosari, permainan, capaian Internet, penilaian serta pengukuhan mampu menjadikan ia pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pembangunan web portal berasaskan MOODLE ini secara keseluruhannya dapat membantu guru terutamanya bagi mata pelajaran Sains tingkatan empat dalam proses pengajaran agar pembelajaran pelajar lebih berkesan. Katakunci: Light, Colour and Sight, MOODLE, web portal

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Light, Colour and Sight, MOODLE, web portal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10573
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Oct 2010 14:40
Last Modified:14 Oct 2010 14:40

Repository Staff Only: item control page