Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangun Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Solid Geometry Matematik Tingkatan 1-3

Mohamed, Mohini and Tumin, Wardah Aina (2010) Membangun Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Solid Geometry Matematik Tingkatan 1-3. Membangun Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk Solid Geometry Matematik Tingkatan 1-3 . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
48kB

Official URL: https://core.ac.uk/display/11785943/tab/similar-li...

Abstract

Pembelajaran berasaskan web telah dilihat sebagai satu alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Web portal bertajuk Solid Geometry Tingkatan 1-3 ini telah menggunakan satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan MOODLE (Modular Object-Oriented Dynamic LearningEnvironment) kerana rekabentuknya yang menyokong prinsip teori konstruktivisme sosial di mana gurudan pelajar saling berinteraksi menerusi sumber dan aktiviti yang telah disediakan. Model ADDIE digunakan dalam merancang dan membangunkan projek web portal ini. Nota yang disediakan dalam format Microsoft Office PowerPoint 97- 2003 Slide Show dibangunkan berdasarkan objektif pembelajaran dan sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pelbagai bahan yang dimuatkan di dalam web portal ini mempunyai paparan yang menarik, terkini, juga interaktif, dan disertakan dengan soalan yang menggalakkan pelajar berfikir. Antara aktiviti yang dibangunkan dalam web portal ini ialah tugasan, kuiz, forum, chat, dan soal selidik. Soalan kuiz dibina berdasarkan kesalahan dan miskonsepsi yang sering pelajar lakukan dan setiap jawapan akan diberikan maklum balas. Sistempangkalan data membenarkan guru dan pelajar mengikuti prestasi pelajar berdasarkan markah, tempoh masa penggunaan, dan kekerapan penggunaan aktiviti yang disediakan. Selain itu, di dalam ruangan forum dan chat, guru dan pelajar dapat saling berinteraksi antara satu sama lain. Web portal ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar khususnya untuk tujuan pembelajaran kendiri menerusi keupayaannya memberi maklum balas yang spontan serta memperolehi bimbingan daripada guru mahupun rakan-rakan di managaya pembelajaran ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:MOODLE, Solid Geometry, web portal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10572
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Oct 2010 14:37
Last Modified:20 Feb 2017 03:08

Repository Staff Only: item control page