Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaitan Antara Tingkah Laku Keibubapaan Dan Pendidikan Keagamaan Dengan Moral Pelajar Remaja

Komin, Aziina and Wan Sapian, Wan Noor Shazalina (2010) Kaitan Antara Tingkah Laku Keibubapaan Dan Pendidikan Keagamaan Dengan Moral Pelajar Remaja. Kaitan Antara Tingkah Laku Keibubapaan Dan Pendidikan Keagamaan Dengan Moral Pelajar Remaja . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
57kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaitan antara tingkah laku keibubapaan dan pendidikan keagamaan dengan moral pelajar remaja. Seramai 188 orang pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan yang beragama Islam terlibat dalam kajian ini. Alat ukur yang digunakan untuk mengukur tingkah laku keibubapaan ialah Skala Keibubapaan (Azlina, 1995) yang mengandungi 15 item. Ia dibahagikan kepada tiga aspek iaitu penglibatan, pemberian autonomi psikologi dan ketegasan/penyeliaan. Nilai kebolehpercayaan bagi aspek penglibatan ialah ?=0.69, pemberian autonomi psikologi (?=0.60) dan ketegasan/penyeliaan (?=0.71). Soal selidik yang dibina oleh Radzi Shafie (1994) digunakan sebagai alat ukur untuk mengukur pendidikan keagamaan dan nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah ?=0.89. Moral pelajar diukur menggunakan Inventori Penghayatan akhlak Pelajar Sekolah Menengah iaitu jenis soal selidik yang dibina oleh Azhar Ahmad (2005). Nilai kebolehpercayaan bagi moral pelajar ialah ?=0.74. Analisis statistic deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara aspek-aspek tingkah laku keibubapaan dengan moral pelajar. Aspek pendidikan keagamaan mempunyai hubungan yang singnifikan dengan moral pelajar. Bagi aspek-aspek tingkah laku keibubapaan dengan pendidikan keagamaan pelajar juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:moral, pelajar, pendidikan Keagamaan, tingkah laku keibubapaan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:10571
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:14 Oct 2010 14:35
Last Modified:10 Aug 2017 07:21

Repository Staff Only: item control page